Sunday, July 07, 2002

JCI Growth and Fun Camp

Speech by Datuk Geoffrey Yee Lung Fook
5 – 7th July 2002, Taman Mulia

First and foremost I would like to congratulate the JCs for successfully carrying out the Growth and Fun camp for the secondary school students in Tawau. I would also like to thank the organizing committee for inviting me to speak during this occasion. As one of the founders of Taman Mulia, I hope it is not too late to welcome all of you to Taman Mulia.

In deed, I am very delighted to see an activity like this camp, been planned for the students. At a time when the society is getting more concerned about education and expecting more from what could be learnt from schools, this Growth and Fun camp comes at the right time, with the right setting.

It is really heartening to see activities like this being organised for our students. Sometimes, lessons which could not be learnt from formal education system in school are more valuable. I am sure all the students have benefited a lot from this camp. You might not be able to learn everything in such a short period, but what is important is to make use of the skills and experience gathered here and apply in your daily life as well as for your future undertaking.

Ladies and Gentlemen, what JC has done is to give all of you an opportunity to learn. Such opportunity does not come by very often. You might not have a second chance like this to attend even if you want to. The organisers too, do not have such opportunity to do so. Understanding such phenomena, they are making this opportunity possible to you, and in return, hoping all of you will make similar opportunities to others who need them. You have received the benefit from the society. Therefore it is only fair and proper that you return them to the society when the time comes. This is a very noble way to serve the society where you belong.

Saudara, saudari, suatu keadaan yang amat ketara yang saya perhatikan ialah ramai pelajar bumiputera amat aktif dalam persatuan dan kelab yang berkaitan dengan sukan dan rekreasi. Mereka juga melibatkan diri dalam persatuan seni mempertahankan diri seperti karate, tae kwan do dan silat. Tidak kurang juga pelajar yang terlibat dalam Persatuan Bulan Sabit Merah.

Saya ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar juga menceburi dalam persatuan-persatuan yang memberikan perkhidmatan sosial seperti JC, Lions, Interact, Rotary dan sebagainya. Penglibatan saudara-saudari, sama ada sekarang mahupun apabila anda bekerja nanti, akan menjadikan persatuan-persatuan seperti ini lebih mencerminkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sumbangan persatuan-persatuan ini nanti, dengan penyertaan saudara dan saudari, juga akan menjadi lebih bermakna dan menyeluruh.

Saudara-saudari sekalian, suatu perubahan besar sedang berlaku dalam sistem pendidikan negara kita. Kerajaan sedang menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris dengan seluas-luasnya. Malahan, mata pelajaran matematik dan sains akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada tahun hadapan. Kita harus menyedari hakikat bahawa dalam dunia tanpa sempadan ( a borderless world) pada hari ini lantaran kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT – Information and Communication Technology), kita tidak boleh lari daripada menggunakan bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya agar saudara-saudari mengambil inisiatif untuk lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian. Janganlah sampai kita ketinggalan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk memperkenalkan Taman Mulia. Setelah hampir 3 hari saudara dan saudari berada di sini, saya percaya anda sekalian telah dapat melihat kemudahan-kemudahan yang ada di sini. Walaupun tidak selengkap mana tetapi saya yakin Taman Mulia mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri. Taman Mulia sebenarnya ditubuhkan pada 1999. Tujuan utamanya ialah untuk mengumpul bahan bacaan lama dan disediakan untuk tatapan umum. Pada masa yang sama kami juga mengumpul maklumat penderma darah di Tawau untuk membolehkan kami membantu orang-orang yang memerlukan bantuan derma darah.

Koleksi buku yang ada di Taman Mulia semuanya didermakan oleh orang ramai. Kami mempunyai pelbagai jenis bahan bacaan dari majalah, journal, novel, thesis dan komik. Orang ramai bebas membaca dan meminjan bahan bacaan di sini. Saya juga berharap saudara dan saudari sekalian dapat menggunakan kemudahan ini dan berharap anda juga akan mendermakan bahan bacaan yang anda tidak lagi memerlukannya, tetapi mungkin diperlukan oleh orang lain.

Pada masa yang sama, Taman Mulia juga pernah mengumpul pakaian lama untuk didermakan kepada orang-orang yang memerlukannya. Kami telah melakukan beberapa siri menderma pakaian lama setakat ini. Kami juga melibatkan diri dalam kerja-kerja amal yang lain jika berpeluang.

Ladies and Gentlemen, it has been such a wonderful time to be with all of you here today and I am even happier to see the facilities of Taman Mulia are of good use to all of you. I certainly hope that such good experience learned here will be shared and propagated for the benefits of all, inline with the JC’s motto. I hope all of you have had a wonderful time here.

With great pleasure, I declare this Growth and Fun Camp officially closed.


Thank you.