Tuesday, February 23, 1999

Lawatan YB Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP ke Tawau

Ucapan Senator Datuk Geoffrey Yee Lung Fook

23/2/1999





YB Datuk Yong Teck Lee, President Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Para Ahli Majlis Tertinggi, ahli-ahli SAPP, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.



Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kedatangan YB Datuk Yong Teck Lee untuk bertemu dengan kita Tawau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua CLC dan ahli SAPP yang sudi hadir pada hari ini.



Kita sedia maklum bahawa YB Datuk Yong amat sibuk dengan tugas beliau. Oleh itu kehadiran YB Datuk Yong membuktikan kesungguhan Parti Maju Sabah dalam pilihanraya negeri khasnya di Tawau. Kehadiran YB Datuk Yong juga turut memberikan semangat, keyakinan dan rangsangan kepada kita semua untuk bekerja dengan lebih gigih dan kuat bagi memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional.



Untuk makluman YB Datuk Yong, jentera pilihanraya SAPP di kawasan ini telah digerakkan dan semua petugas telah bekerjasa dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan calon Barisan Nasional terus diberikan mandat oleh rakyat.



Di samping itu kita juga sentiasa mengekalkan dan mengeratkan hubungan baik kita dengan semua parti komponen Barisan Nasional lain di Tawau. Kerjasama dan persefahaman ini amatlah penting terutama sekali pada ketika kita akan menghadapi pilihanraya negeri.



Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Yong Teck Lee di atas kesudian beliau untuk datang ke Tawau bagi beramah mesra dengan semua ahli. Semoga kita akan mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya yang akan datang.



Sekian dan terima kasih.

Wednesday, February 10, 1999

Perjumpaan Dengan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Ucapan Senator Datuk Geoffrey Yee Lung Fook

10hb Februari 1999



Bagi pihak Parti Maju Sabah, SAPP, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Tawau. Sesungguhnya seluruh rakyat Tawau merasa bangga dan bertuah dengan kedatangan YAB Datuk Seri.



Kedatangan YAB Datuk Seri, membuktikan keprihatinan pemipin pusat sekalipun pucuk pemimpin terhadap kepentingan rakyat di daerah ini. Dengan kedatangan YAB Datuk Seri ini, saya penuh yakin bahawa rakyat di daerah ini akan memberikan sokongan yang penuh kepada kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri Sabah yang akan datang nanti.



Bagi Parti Maju Sabah, kami akan memberikan sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja yang terpilih untuk mewakili Barisan Nasional. Ini sememangnya ikrar kami sebagai anggota setia dalam Barisan Nasional. Di samping itu juga, Parti Maju Sabah telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya Dewan Undangan Negeri yang akan datang. Kami akan mengembelingkan seluruh tenaga dan kekuatan kami dengan kerjasama dan sokongan daripada semua parti komponen Barisan Nasional yang lain.



Oleh yang demikian, saya juga berharap semangat kerjasama dan saling sokong-menyokong sesama ahli-ahli komponen parti Barisan Nasional akan diamalkan oleh semua, bagi memastikan kemenangan besar calon-calon Barisan Nasional. Kemenangan ini nanti juga akan menjadi kemenangan kepada rakyat negeri Sabah yang memerlukan sebuah kerajaan yang benar-benar kuat dan kukuh bagi memastikan negeri Sabah terus maju, makmur dan bahagia biarpun dalam keadaan kegawatan ekonomi.



Sempena dengan lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri ke Tawau, kami juga berharap YAB Datuk Seri ada membawa bersama berita baik, atau “Ang Pao” untuk seluruh rakyat negeri Sabah amnya dan rakyat daerah Tawau, khasnya. Kami sememangnya merasa terharu dengan keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh pucuk pemimpin Barisan Nasional yang tidak pernah melupakan kebajikan, kebahagian dan kehendak rakyat di daerah ini.



Saya bagi pihak Parti Maju Sabah sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Datuk Seri. Semoga kedatangan YAB Datuk akan turut memantapkan jentera pilihanraya Barisan Nasional dan memperolehi majoriti undi yang jauh lebih besar dalam pilihanraya yang akan datang.



Sekian dan terima kasih.